Powered By Blogger

Pages

Thursday 25 June 2015

JENIS-JENIS NAJIS BAYI

Salah satu perkara yang merisaukan setiap mama adalah kalau bayi tidak membuang, yakni sembelit.  Kalau boleh nak hari-hari anak kita membuang kan..rasa macam lega sgt kalau anak dah membuang.  Kalau masuk 2, 3 hari mulalah rasa risau sgt.

Selain tu, mama juga perlu alert dengan warna dan tekstur najis bayi..sebabnya dari najis juga kita leh tau keadaan anak kita..sesuai ke tidak susu/makanan tersebut dengan anak kita.

Juga ada perbezaan antara najis bayi menyusu badan dan susu formula.
Lets check it out~


1. NEWBORN POO : MECONIUM

NEWBORN POO
Bagi baru yang baru lahir, bayi anda akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Biasanya najis jenis ini tidak berbau namun kotorannya susah ditanggalkan.

2. BREASTFEEDING POO

BREASTFEEDING POO
Bayi yang menyusu dengan susu ibu, warna najisnya adalah kekuningan golden yellow. Najis bayi akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam. Di awal kelahiran bayi akan membuang air besar semasa atau sejurus selepas menyusu badan. Dan ia adalah normal.

3. FORMULA MILK POO

FORMULA MILK POO
Yang ini pula gambar najis bayi anda minum susu formula. Najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk compare to najis bayi yang menyusu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat...huhu

4. IRON FORTIFIED POO

IRON FORTIFIED POO
Najis bayi akan kelihatan kehitaman jika bayi diberi bahan yang mengandungi iron. Namun jika tiada supplemen iron diberikan kepada bayi dan najisnya berwarna seperti diatas, segera berjumpa dengan doktor anda. 

5. SOLID FOOD POO

SOLID FOOD POO
Apabila bayi anda mula untuk mengambil makanan pejal atau solid food, najisnya juga akan mengalami perubahan. Ianya berwarna seakan coklat dan agak berbau.

6. POO WITH PARTIALLY DIGESTED FOOD

POO WITH PARTIALLY DIGESTED FOOD
Jangan risau jika najis bayi anda masih mempunyai makanan solid yang belum hadam dengan sepenuhnya. Ianya biasa berlaku apabila bayi mula untuk mengambil makanan yg lebih kasar dan ia tidak dikunyah dengan sepenuhnya. Selalunya yang akan anda jumpa ialah sayuran spt carrot...huhu =)

Terdapat juga beberapa keadaan di mana anda perlu beri perhatian apabila najis tidak normal. Ia terjadi dalam beberapa keadaan berikut::

1. CIRIT-BIRIT

CIRIT-BIRIT
Antara simptom bayi terkena cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bawa bayi berjumpa doktor jika keadaan berlanjutan.

2. SEMBELIT

SEMBELIT
Bayi yang mengalami sembelit najisnya akan keras. Antara simptom yang mommies boleh lihat adalah apabila bayi menghadapi kesukaran membuang air besar, sakit perut dan meneran sehingga muka kemerahan. Biasanya doktor akan memberi cadangan untuk memberikan bayi lebih bnyk minum air dan jus buah-buahan yang kaya dengan fiber.

3. NAJIS YANG MENGANDUNGI MUKUS

NAJIS YANG MENGANDUNGI MUKUS
Biasanya perkara ini berlaku kerana bayi mengalami alergic pada sesuatu ataupun infection. Segera berjumpa doktor jika keadaan ini berlarutan.

4. NAJIS BERCAMPUR DARAH

NAJIS BERCAMPUR DARAH
Kadangkala, apabila bayi anda mengalami alergic pada "milk protein", najis akan kelihatan bercampur dengan sedikit darah. Jika bayi anda sembelit dan bercampur darah, mungkin berlaku kecederaan pada duburnya ketika proses meneran dan kemungkinan juga disebabkan jangkitan bakteria.

p/s:  Dah dapat gambaran tak? Apa lagi..rajin2 lah belek najis anak kita..hihiii~

No comments:

Post a Comment