Powered By Blogger

Pages

Thursday 25 June 2015

JENIS-JENIS NAJIS BAYI

Salah satu perkara yang merisaukan setiap mama adalah kalau bayi tidak membuang, yakni sembelit.  Kalau boleh nak hari-hari anak kita membuang kan..rasa macam lega sgt kalau anak dah membuang.  Kalau masuk 2, 3 hari mulalah rasa risau sgt.

Selain tu, mama juga perlu alert dengan warna dan tekstur najis bayi..sebabnya dari najis juga kita leh tau keadaan anak kita..sesuai ke tidak susu/makanan tersebut dengan anak kita.

Juga ada perbezaan antara najis bayi menyusu badan dan susu formula.
Lets check it out~


1. NEWBORN POO : MECONIUM

NEWBORN POO
Bagi baru yang baru lahir, bayi anda akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Biasanya najis jenis ini tidak berbau namun kotorannya susah ditanggalkan.

2. BREASTFEEDING POO

BREASTFEEDING POO
Bayi yang menyusu dengan susu ibu, warna najisnya adalah kekuningan golden yellow. Najis bayi akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam. Di awal kelahiran bayi akan membuang air besar semasa atau sejurus selepas menyusu badan. Dan ia adalah normal.

3. FORMULA MILK POO

FORMULA MILK POO
Yang ini pula gambar najis bayi anda minum susu formula. Najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk compare to najis bayi yang menyusu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat...huhu

4. IRON FORTIFIED POO

IRON FORTIFIED POO
Najis bayi akan kelihatan kehitaman jika bayi diberi bahan yang mengandungi iron. Namun jika tiada supplemen iron diberikan kepada bayi dan najisnya berwarna seperti diatas, segera berjumpa dengan doktor anda. 

5. SOLID FOOD POO

SOLID FOOD POO
Apabila bayi anda mula untuk mengambil makanan pejal atau solid food, najisnya juga akan mengalami perubahan. Ianya berwarna seakan coklat dan agak berbau.

6. POO WITH PARTIALLY DIGESTED FOOD

POO WITH PARTIALLY DIGESTED FOOD
Jangan risau jika najis bayi anda masih mempunyai makanan solid yang belum hadam dengan sepenuhnya. Ianya biasa berlaku apabila bayi mula untuk mengambil makanan yg lebih kasar dan ia tidak dikunyah dengan sepenuhnya. Selalunya yang akan anda jumpa ialah sayuran spt carrot...huhu =)

Terdapat juga beberapa keadaan di mana anda perlu beri perhatian apabila najis tidak normal. Ia terjadi dalam beberapa keadaan berikut::

1. CIRIT-BIRIT

CIRIT-BIRIT
Antara simptom bayi terkena cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bawa bayi berjumpa doktor jika keadaan berlanjutan.

2. SEMBELIT

SEMBELIT
Bayi yang mengalami sembelit najisnya akan keras. Antara simptom yang mommies boleh lihat adalah apabila bayi menghadapi kesukaran membuang air besar, sakit perut dan meneran sehingga muka kemerahan. Biasanya doktor akan memberi cadangan untuk memberikan bayi lebih bnyk minum air dan jus buah-buahan yang kaya dengan fiber.

3. NAJIS YANG MENGANDUNGI MUKUS

NAJIS YANG MENGANDUNGI MUKUS
Biasanya perkara ini berlaku kerana bayi mengalami alergic pada sesuatu ataupun infection. Segera berjumpa doktor jika keadaan ini berlarutan.

4. NAJIS BERCAMPUR DARAH

NAJIS BERCAMPUR DARAH
Kadangkala, apabila bayi anda mengalami alergic pada "milk protein", najis akan kelihatan bercampur dengan sedikit darah. Jika bayi anda sembelit dan bercampur darah, mungkin berlaku kecederaan pada duburnya ketika proses meneran dan kemungkinan juga disebabkan jangkitan bakteria.

p/s:  Dah dapat gambaran tak? Apa lagi..rajin2 lah belek najis anak kita..hihiii~

Wednesday 24 June 2015

RESIPI SOTONG TELUR MASIN

Selalu masak sotong goreng tepung/sotong kunyit/sotong sos tiram.
So nak tukar selera aku cuba masak sotong goreng telur masin.


Bahan-Bahan

Sotong
Tepung goreng serbaguna (aku guna cap bestari)
Daun Kari
Cili padi
Gula
Telur Masin 1@2 biji yang telah direbus (bergantung nak rasa masin tahap mana)
Mentega

Cara-cara

Goreng sotong yang dah dibersihkan dan dipotong dengan tepung serbaguna cap bestari.
Ketepikan.

Kemudian, panaskan kuali dan mentega.
Masukkan cili padi, daun kari dan isi telur masin yang telah dipenyek2 hancur. (aku guna kuning telur 2 biji, putih telur sebiji).
Masukkan gula sikit je..

Lepas tu gaul dgn sotong yang dah digoreng tadi.
Siap!

Sedia di makan.
Kos tak sampai RM10.
Kalau p makan kedai mau sepinggan RM35 ke atas.

Hihiii..
Selamat Mencuba!


RESIPI SAWI PUTIH MASAK LEMAK

Hari tu aku ada beli lauk lunch sayur ni..ehh.sedap rupanya..haha.
So, aku pun cubalah nak buat sendiri.

Hasil tanya mak mertua dan mr.google.
Maka terjadilah sudah..heheee..aku tak tumis terus masak je.

Bahan-Bahan

Bawang merah (potong2 je)
Cabai besar
Ikan bilis
Sawi putih
Santan

Cara-cara

Masukkan batang sawi, ikan bilis, cabai besar, bawang dan air.
Masak agak2 batang sawi dah lembut, masukkan daun sawi.

Kemudian masukkan santan sikit, aku just buat cair2 je.
Perasakan dengan garam.
Siap dan sedia di makan.
Simple je kan..





Thursday 16 April 2015

Breastfeeding Rocks!

Alhamdullilah.

Masih diberi rezeki oleh ALLAH s.w.t untuk aku menyusukan anakandaku Ahmad Al Farabi.
Semoga rezeki anakandaku untuk menyusu dimurahkan, dipermudahkan dan susu melimpah ruah.

Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdullilah.

Breastfeed starts from 3 Jan 2014 and still counting..


DOA MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN



Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman :"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
                                                                                            Surah Al Baqarah Ayat 10



Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk untuk anakku (Ahmad Al Farabi bin Ahmad Asyraf), dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.  


Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.

Wednesday 15 April 2015

Hi, saya Farabi. 15bln. KL. HBY?



Kalau pergi mall, abi or mama belanja Farabi naik eyok eyok ni.kekonon sbg treats
sb teman abi dan mama shopping.  Farabi suka kemain kadang2 sj buat2 lembik
badan tak nak bgn dari mainan ni..terer tak taktik Farabi..heheee, jenuh!
Kalau tidur mesti nak cenggini..if abi dan mama ubah pun tetap la nak ke posisi ni.
Farabi rasa selesa lah abi mama.leave me alone..huhuuu.

Toys banyak tapi kadang2 Farabi mesti nak hijack barang dapur mama buat main.
Kesian ubi kentang ni kena lempar la golek la baling la. 

Ohh well, dok bandar ni mana lah nak rasa ala2 kampung.  So mama convert tudung
saji jadikan mcm pelepah pisang la konon..tarik sana sini..yay.saya suka saya suka!

Tgk mimik muka Farabi. Little curious and adventurous little man. 
Ingat meja ke sayang!
Bertabahlah tudung sajiku.  Semoga dikau dipanjangkan usia. 
Farabi suka buku. Alhamdullilah. Main2 juga..buku pun mesti Farabi ambil dan buka untuk 
belek sampai byk buku dah lunyai. Nanti abi dan mama beli byk2 lagi.
Sambil tu abi or mama ajarkan 
Now he know how to make animals sound esp. cat & dog..iowww wooof wooff!

Suka belek barang esp tayar toys  (car, bus, lorry).
Wayar pun suka tarik dan gigit..grrrr!
Kena buli dengan mama ditoncetnya rambut.
Saya bkn gugurl la mama!
Rambut cpt panjang.  Potong pun kejap ja dah tumbuh balik.
Kdg2 senyum dlm lena. Tgh mimpi  main2 dlm syurga dan
teringat masa zaman dlm rahim mama..best!

Muka seposen bila bgn sleep.  Tgh jana mood untuk main tanpa henti.
Lepas mood main dtg, habislah rumah  'dikemaskan'..pengsan!
Kalau kurang sihat.  Nak dipeluk dan dipegang saja. Kalau tak merajuk.
Sgt manja.

Ohhh..ni mimik muka Farabi kalau tengah berak. Muka meneran
lepas tu lokasi pelepasan mst jauh2 hujung2 bucu2 kawasan..hehehe.
DOA ANAK PANDAI BELAJAR
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Surah Al-Anbiya (ayat 79)
Syurga di dunia saya.
Inilah sumber kekuatan dalam hidup saya. BFF saya selamanya.
Mama love both of u so much.

Dulu kecil ja..skrg dah berpimpin tgn bila berjalan.
How time flies.sobsss.

Nasi Goreng Versi Baby


Bahan-Bahan

Garlic
Onion
Olive Oil
Nasi digaul sedikit garam atau serbuk bilis
Telur

Goreng telur hancur dan ketepikan
Kemudian
Tumis garlic dan onion yg telah dicincang
Masukkan nasi dan tuang telur hancur tadi
Gaul2 sebati
Siap!

*boleh juga add on sayur atau tumis dgn unsalted butter.kdg2 aku masukkan cheese.sedap gak rs lemak2*

Ayam goreng dlm pic ni sbg lauknya.
Hihii~
Selamat mencuba!



Tuesday 14 April 2015

Mi Suah Goreng untuk Baby

Bahan-Bahan

Onion
Garlic
Unsalted Butter
Telur
Mi Suah
Carrot
Garam bukit atau serbuk bilis

Tumis onion dan garlic dgn unsalted butter
Masukkan carrot
Pecahkan telur dan kacau hingga betul masaknya

Then masukkan mi suah yg telah dicelur
Perasakan dgn garam bukit atau serbuk bilis
Gaul2 sehingga berpuas hati
Tutup api sedia dimakan

Sedap.
Mudah dan cepat utk disediakan.

*ngangaa Al Farabi sedap sgt dan nak lagi dan lagi..ekekkekekeke*

p/s : Homemade is the best esp. for your precious. Selamat mencuba.

Resipi Makanan Bayi :: CARPOT CHEESY CHICKEN BALL

Carpot Cheesy Chicken Ball.
Apakah Carpot itu?

heheee..

Bahan-Bahan

Isi Ayam
Carrot
Kentang
Sandwich cheese - aku guna jenama emborg sebab kandungan sodium dia 2mg jer
Tepung Gandum Faiza - tak letak pun boleh.kadang2 aku letak kadang2 tak letak
Garam bukit atau serbuk bilis


Cara-Caranya

Rebus Ayam
Rebus Kentang dan Carrot (sebab tu carpot = carrot+potato)

Siat2 kan isi ayam yang telah direbus dan dicampur dengan carpot yang telah empuk
Penyet dan sebatikan
Perasakan dgn garam bukit atau serbuk bilis (jika belum perkenalkan garam kpd bayi)
Cheese emborg dipotong nipis

Bentukkan bahan yang telah disebatikan -suka hati nak buat bentuk apa
Ambil cheese yang telah dipotong dan sumbat
Bentukkan semula.
Simpan dalam freezer.

Nak makan celup dgn telur dan goreng.
Sedia dimakan oleh anakanda tersayang sbg kudapan atau bekal time g taman jalan2.

Al Farabi suka sgt..esp bila cheese dlm chicken ball tu meleleh.
Mama abi pun tumpang sekali..ekekekeke!

*kalau adunan terlampau lembik bolehlah tambah tepung gandum sikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.  Aku selalu tak letak tepung..agak2 la berapa banyak ayam dan sayur mayur tu jgn terlampau lembik*

Selamat Mencuba!
Homemade with doa and love for anakanda.



I'm Back!

Ohhh written mode, please come back to mama.
So longgggg tak menulis..
Banyak hendak dikongsi, tapi malas nak menulis.

I'll be back..theeeheeeee =_+!