Powered By Blogger

Pages

Tuesday 15 April 2014

Anakanda ku.

Dear Son,
 
 

DOA ANAK SOLEH

"Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil
(tafsir al-Quran)"
 

"Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat)"

 
DOA ANAK PANDAI BELAJAR


"Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat)dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah

 dan ilmu yang telah kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung,

 semua bertasbih bersama Daud dan Kamilah yang telah melakukannya

 (surah al Anbiya ayat 79)" 

 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Jadi anak yang soleh, cerdik, mudah faham, baik budi pekerti.
Nanti doakan mama dan abi bila kami dah tiada ya sayang.


 
 

Mulakan Hari Kita Dengan..


Doa.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam dan selawat serta salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul; Sayidina Muhammad, dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu pembukaan yang baik dan penutup yang baik, dan keseluruhan yang baik di awalnya dan di akhirnya, zahirnya dan batinnya serta darjat yang tinggi di syurga.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada pada hari ini, dan kami berlindung kepadaMu daripada keburukan hari ini dan keburukan yang ada pada hari ini.

Ya Allah! Sucikanlah hati kami daripada sifat nifaq (munafiq), pekerjaan kami daripada amalan riya', lidah kami daripada berkata bohong dan mata kami daripada berlaku khianat. Maka sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata-mata yang berlaku khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada-dada.

Dan semoga Allah melimpahkan selawat serta salam ke atas Sayidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam.


Amin.

Monday 14 April 2014

Newbie, why blogging?

DAH KENAPA NAK BER'BLOG'?!

lately, fenomena blogger ni macam cendawan lepas hujan pula.even jual baju pun if nak order direct ke blog.lebih kurang camtulah.
 
Me, nak ada blog sebab dari dulu teringin nak tulis personal diary sebagai kenangan.nanti dok saja2 bolehlah baca kan..tapi, aku ni jenis cepat lupa.aisehh..siyesly..
nak kata nyanyuk tak juga cuma cepat lupa. -- mungkin sebab dah ada anak sorang.orang kata dah beranak ni urat banyak putus.jd pelupa.betul ka weh?


Tapi sebenarnya malas nak menulis.rasanya lebih laju, cepat dan tangkas bila menaip..tetambah time belajar dulu adalah belajar pasal Speed Typing ni.nilah masanya nak asah skill dan juga asah fikiran supaya ingat balik kejadian2 yang berlaku.sambil ingat sambil taip lelaju.kan senang..if tulis kat buku aisehhh..kena tulis lawa2..in case, baik hati nak bagi orang lain baca or orang lain curi baca takdalah segan tulisan kalah ayam mencakar tanah :D

Yg sebenar2nya..aku malas la pula nak cari diary then tulis berjela2 guna pen.skrg kan menuju wawasan 2020.kenalah maju jugak.gunakan medium teknologi, yakni blog..ihikss.

Dan lagi satu, sebab selalu dapat komplen;

  • Eh, Aain asal tulisan haluihhhhhhh sgt nihhh..nak baca pun susah.
  • Aain, apa kau tulis ni, tak fahamlah (ni aku setuju, sebab kdg2 aku pun tak faham apa aku tulis esp. bila aku kena amik minutes of meeting.lepas tu jenuhla perah otak apa yg boss aku cakap tadi haaaa T_T)
  • Eee tulisan kau ke ni Aain..buruk gila weh.tulisan budak laki pun tak macam ni..(okayyy statement ini amat sadis *double T_T*)
DAN yang benar

Aku memang malas nak tulis..if salah tulis tak ke buruk nak potong nak liquid paper bagai.adanya blog leh taip lelaju salah taip backspace jerrr.. :)

Tapi paling BENAR adalah

Aku nak bila aku dah tua, kot2 nyanyuk aku boleh la refresh balik baca coretan aku ni.lagipun hidup ni sekali je kan..janganlah dilupa perkara yang manis kerana tu semua memberi kegembiraan dan kebahagiaan.
Perkara buruk pun jangan dilupa sebab tu semua memberi pengajaran dan pengalaman dalam kita meniti kehidupan kat dunia yang fanaaa ni..amboihh ayat.
Bak kata orang harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan blog nama.HAHA.

And most and foremost, I want my son (up to current I wrote this, I have one son)  to know how I cherish him in my life.i want him to read the journey of our life (me, his abi and him) in case I was unable to story everything to him due to less memory..haha.

Thank you for your time!